JABATAN KECEMASAN DAN TRAUMA HOSPITAL PUTRAJAYA
Friday, 26 April 2013
Malaysian Trauma Life Support sesi 1/2013...
Kursus MTLS anjuran Jab.Kecemasan & Trauma HPJ telah dianjurkan pada baru-baru ini.Semua kursus MTLS ini dibawah seliaan oleh piahk MASTEM(Malaysian Society Traumatology Emergency Medicine)-Betulkan saya kalau salah ye-Alhamdulillah,kursus kali ini berjaya dengan penyertaan seramai lebih dari 30 orang peserta sekitar lembah klang.
Hari Bersama Pelanggan Jab.Kecemasan & Trauma HPJ 1/2013
Assalamualaikum w.b.t,salam sejahtera dan salam 1 malaysia.
Sudah lama blog ini tidak di kemaskini kan.al-maklumlah semuanya sibuk-sibuk sangat mengalahkan VVIP.Alhamdulillah,buat julung-julung kalinya Jabatan Kecemasan & Trauma HPJ akhirnya telah berjaya menganjurkan Hari Bersama Pelanggan Jabatan Kecemasan & Trauma HPJ.Pelbagai Booth seperti Triage,Resus,Asthma bay,Pre Hospital Care,sudut pendidikan dan pelbagai lagi.Tahniah...tahniah...tahniah kepada semua yang terlibat secara langsung @ tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.Gambar ini menunjukkan bahawa Jabatan Kecemeasan & Trauma HPJ bukanlah calang-calang Jabatan yang boleh disaingi.Walaupun tidak mempunyai kakitangan yang ramai,namun berjaya membuktikan antara jabatan yang paling aktif.keep it up...!!!ED boleh....Jum
Monday, 7 March 2011
Family Day ED...!!!
Alhamdulillah....lama tak update blog memangdangkan semua busy jer...
Setelah melaui perlbagai rintangan akhirya family day ED akan diadakan pada 25-27 mac 2011 bertempat di Bukit Gambang resort City.Moh kiter ramai-ramai ke sana bagi memeriahkan acara ini.Dengar khabar boleh tahan hadiahnya...apa lagi...jom ler....
Setelah melaui perlbagai rintangan akhirya family day ED akan diadakan pada 25-27 mac 2011 bertempat di Bukit Gambang resort City.Moh kiter ramai-ramai ke sana bagi memeriahkan acara ini.Dengar khabar boleh tahan hadiahnya...apa lagi...jom ler....
Sunday, 15 August 2010
Flail Chest...!!!
/>
Flail chest adalah salah satu dari 6 life-threatening condition yang amat memerlukan perawatan segera jika kita berhadapan dengan kes berikut.Video di atas adalah contoh kes sebenar flail chest.Info (http://www.medicalive.net/326_flail_chest)
Flail chest adalah salah satu dari 6 life-threatening condition yang amat memerlukan perawatan segera jika kita berhadapan dengan kes berikut.Video di atas adalah contoh kes sebenar flail chest.Info (http://www.medicalive.net/326_flail_chest)
Masjid tercantik di dunia...!!!
Assalamualaikum dan salam 1 malaysia...Tahukah anda bahawa masjid ubudiah di kuala kangsar adalah salah satu 16 masjid yang tercantik di dunia.Berdasarkan satu tinjauan masjid ubudiah di kuala kangsar perak merupakan antara 16 masjid tercantik di dunia.Mungkin senibinanya yang amat unik menjadikan ianya salah satu masjid tercantik.Berikut adalah sedikit sumber mengenai pembinaan masjid ubudiah ini.
INFO:Masjid yang terindah di Negeri Perak ini terletak di sebelah kawasan permakaman Di Raja Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Masjid ini dibina di atas kehendak Sultan Idris Murshidul Azam Shah, Sultan Perak ke-28 (1887-1916) kerana menunaikan nazar baginda.
Kerajaan Negeri Perak kemudian mengarah Colonel Huxley dari Pejabat Kerja Raya di Kuala Lumpur supaya merangka sebuah pelan masjid yang hendak didirikan itu. Tugas membuat pelan rekabentuknya telah diberikan kepada Hubbeclk, seorang arkitek kerajaan dan tugas melaksanakan bangunan itu pula diserahkan kepada Caufield sebagai ketua jurutera Negeri Perak ketika itu.
Pada hari Jumaat 26 September 1913, Sultan Idris Murshidul Azam Shah telah meletakkan batu asas masjid tersebut. Pembinaan masjid tergendala beberapa tahun kerana kerosakan ketul-ketul marmar di tempat simpanannya yang telah dipijak oleh dua ekor gajah kepunyaan Sultan Idris dan Raja Chulan.
Pesanan batu marmar yang baru dari Itali tergendala akibat tercetusnya Perang Dunia Pertama, sehinggalah 1917 barulah masjid yang terindah di negeri Perak itu dengan rasminya dibuka oleh Sultan Abdul Jalil Nasaruddin Shah iaitu Sultan Perak yang menggantikan Sultan Idris yang mangkat pada tahun 1916. Belanja pembinaan masjid Ubudiah ketika itu di anggarkan berjumlah RM200,000.00(info MPKKPK)
Subscribe to:
Posts (Atom)