Saturday, 21 November 2009

KURSUS PRE HOSPITAL CARE- ON SITE INCIDENT MANAGEMENT...!!!

Setelah melalui pelbagai proses akhirnya Jabatan Kecemasan & Trauma Hospital Putrajaya akan menganjurkan 1 kursus yang bertajuk pre-hospital care-on site incident management.Kursus yang akan diadakan di Hotel impiana Morib ini akan berlangsung pada 14hb Dis sehingga 16hb Dis ini.Anggaran seramai 50 orang peserta termasuk penceramah akan berkampung di MOrib selama 3 hari nanti.Dengar kata tough juga schedulenya...tunggu dan lihat je lah...heheheh

MEDICAL TEAM HAJI...!!!

Hari ni telah tamat Operasi Haji Tanah Air untuk Fasa 1 dan flight terakhir adalah pada pukul 3.25 petang tadi.Alhamdulillah tiada pesakit yang mengadu tidak sihat walaupun setengah daripada jemaah terdiri daripada warga emas.Semoga mereka semua selamat menjalani ibadah haji dan selamat pulang ke tanah air dengan selamatnya.Fasa ke 2 pula akan bermula tidak lama lagi dan kepada semua kakitangan yang bertugas selamat menjalankan kewajipan anda....

Hari Raya Aidiladha...!!!

-Gambar hiasan-
Insyallah dalam masa seminggu lagi kita akan menyambut Hari Raya Qurban atau aidiladha...Kemeriahan syawal yang lepas masih lagi terasa walaupun hampir sebulan lebih kita meninggalkanya...buat rakan-rakan seperjuangan dan kakitangan lain yang akan bertugas pada hari raya qurban kali ini semoga dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan ceria selalu..Buat yang dapat pulang bercuti,berhati-hati pulang ke kampung...semoga perjalanan anda sentiasa selamat pergi dan balik..amin....

Baby ED....!!!

Alhamdulillah...kembali bertemu kita pada kli ini...maklumlah...dah lama x update...ermmm..so baru-baru nie ada la seorang pesakit datang ke kecemasan dengan aduan hendak bersalin.Memandangkan keadaannya yang sudah hampir hendak bersalin maka mustahil la hendak dihantar ke L&D.keputusan yang dibuat oleh pegawai triage pada masa itu iaitu PPP Hasif dan Jt Khatimah membawa pesakit terus ke yellow zone amatlah tepat sekali.Alhamdulillah pesakit selamat melahirkan anaknya di Jabatan Kecemasan & Trauma HPJ.Mungkin bila dah dapat gambarnya akan kita cuba uploadkan kat sini nanti....Buat keluarga bayi tersebut...Tahniah.....