Tuesday 8 June 2010

Yeah...kursus anjuran ED lagi...!!!

Alhamdulillah,pada 28hb june ini Jabatan kecemasan & trauma hospital putrajaya akan menganjurkan satu lagi kursus untuk kakitangan hospital putrajaya iaitu Emergency airway management.Kursus selama satu hari itu akan menerokai dengan lebih mendalam mengenai airway management antaranya seperti airway adjunt,intubation dan pelbagai lagi.
Moga dengan adanya kursus ini akan membantu semua kakitangan hospital untuk lebih bersedia dari segi fizikal,mental dan juga teori yang lengkap.Semua dijemput hadir...selamat berkursus...!!!

Satff baru...???

assalamualaikum dan salam 1 malaysia....ermm agak lama juga blog nie tak diupdatekan maklumlah semuanya sedang busy2 ajer dengan kerja masing....baru-baru nie ada 4 orang staf baru melaporkan diri di ED..ermmm cuba teka...sapakah gerangan mereka...hehehe mereka adalah pelatih pos basic kecemasan yang ditempatkan di jabatan kecemasan & trauma hospital putrajaya selama sebulan bagi sesi praktikal untuk kursus pos basic kecemasan (advance emergency medical and trauma care)
tahniah juga buat jabatan kecemasan & trauma hospital putrajaya kerana berjaya menjadi hospital klinikal bagi pelatih-pelatih pos basic kecemasan.Semoga selepas ini jabatan kecemasan kita ini akan menjadi pusat latihan bagi pelatih-pelatih student pos basic yang lain selepas ini...amin....!!!