Sunday, 15 August 2010

Salam Ramadan...!!!



Salam ramadan..alhamdulillah...setelah sekian lama tidak bersua akhirnya ramadan menjelma jua...semoga dengan tibanya ramadan almubarak yang mulia ini semoga semua kakitangan jabatan kecemasan & trauma hospital putrajaya mendapat berkat.Walaupun dengan kerja yang sentiasa bertambah namun dengan semangat berpasukan dan keberkatan ramadan dapatlah kita melalui dengan tenang..insyallah....salam ramadan...!!!

Tuesday, 8 June 2010

Yeah...kursus anjuran ED lagi...!!!

Alhamdulillah,pada 28hb june ini Jabatan kecemasan & trauma hospital putrajaya akan menganjurkan satu lagi kursus untuk kakitangan hospital putrajaya iaitu Emergency airway management.Kursus selama satu hari itu akan menerokai dengan lebih mendalam mengenai airway management antaranya seperti airway adjunt,intubation dan pelbagai lagi.
Moga dengan adanya kursus ini akan membantu semua kakitangan hospital untuk lebih bersedia dari segi fizikal,mental dan juga teori yang lengkap.Semua dijemput hadir...selamat berkursus...!!!

Satff baru...???

assalamualaikum dan salam 1 malaysia....ermm agak lama juga blog nie tak diupdatekan maklumlah semuanya sedang busy2 ajer dengan kerja masing....baru-baru nie ada 4 orang staf baru melaporkan diri di ED..ermmm cuba teka...sapakah gerangan mereka...hehehe mereka adalah pelatih pos basic kecemasan yang ditempatkan di jabatan kecemasan & trauma hospital putrajaya selama sebulan bagi sesi praktikal untuk kursus pos basic kecemasan (advance emergency medical and trauma care)
tahniah juga buat jabatan kecemasan & trauma hospital putrajaya kerana berjaya menjadi hospital klinikal bagi pelatih-pelatih pos basic kecemasan.Semoga selepas ini jabatan kecemasan kita ini akan menjadi pusat latihan bagi pelatih-pelatih student pos basic yang lain selepas ini...amin....!!!

Tuesday, 11 May 2010

Happy mother days...!!!

Pada ahad yang lepas seluruh dunia telah menyambut sambutan 'Hari Ibu'.Sesiapa yang masih beribu sepatutnya bersyukur kerana masih mempunyai ibu yang telah memberikan sepenuh kasih sayang mereka kepada anak-anaknya.Pada mereka yang bergelar ibu sayangilah anak anda sebaik mungkin kerana itulah permata dan juga harta yang tidak ternilai buat anda.Buat semua warga jabatan Kecemasan & Trauma Hospital Putrajaya yang bergelar ibu atau bakal bergelar ibu.....terimalah ucapan selamat hari ibu.....

Thursday, 8 April 2010

Tahniah boss..!!!

wahhh..lamanya tak menjenguk website ED nie...semuanya sibuk-sibuk sangat tapi dalam sibuk-sibuk pon tahniah buat our boss Dr khairul nizam atas kenaikkan pangkat nya dari UD48 ke UD54.Tahniah boss dan semoga kenaikkan ini juga dapat membantu bos menjalankan tugas dengan jayanya...

Saturday, 5 December 2009

BABY BARU...?

Pada jumaat petang baru-baru ini salah seorang bekas staf kakitangan ED iaitu Sn Jannatul Um'mi telah selamat melahirkan seorang anak lelaki dengan berat 2.9kg.Alhamdulillah ibu dan anaknya selamat.Buat um'mi tahniah ye....memang comel sangat anaknya.....

TAHNIAH...!!!

Tahniah buat Dr Halimaton,Dr Azlin dan pemandu Bohari atas majlis perkhawinan mereka.Mesti ceria kan...semoga perhubungan mereka kekal sehinggga ke akhir hayat mereka.Kami di ED mendoakan mereka semua bahagia dan ceria-ceria selalu....congrats....!!!