Tuesday, 11 May 2010

Happy mother days...!!!

Pada ahad yang lepas seluruh dunia telah menyambut sambutan 'Hari Ibu'.Sesiapa yang masih beribu sepatutnya bersyukur kerana masih mempunyai ibu yang telah memberikan sepenuh kasih sayang mereka kepada anak-anaknya.Pada mereka yang bergelar ibu sayangilah anak anda sebaik mungkin kerana itulah permata dan juga harta yang tidak ternilai buat anda.Buat semua warga jabatan Kecemasan & Trauma Hospital Putrajaya yang bergelar ibu atau bakal bergelar ibu.....terimalah ucapan selamat hari ibu.....

Thursday, 8 April 2010

Tahniah boss..!!!

wahhh..lamanya tak menjenguk website ED nie...semuanya sibuk-sibuk sangat tapi dalam sibuk-sibuk pon tahniah buat our boss Dr khairul nizam atas kenaikkan pangkat nya dari UD48 ke UD54.Tahniah boss dan semoga kenaikkan ini juga dapat membantu bos menjalankan tugas dengan jayanya...

Saturday, 5 December 2009

BABY BARU...?

Pada jumaat petang baru-baru ini salah seorang bekas staf kakitangan ED iaitu Sn Jannatul Um'mi telah selamat melahirkan seorang anak lelaki dengan berat 2.9kg.Alhamdulillah ibu dan anaknya selamat.Buat um'mi tahniah ye....memang comel sangat anaknya.....

TAHNIAH...!!!

Tahniah buat Dr Halimaton,Dr Azlin dan pemandu Bohari atas majlis perkhawinan mereka.Mesti ceria kan...semoga perhubungan mereka kekal sehinggga ke akhir hayat mereka.Kami di ED mendoakan mereka semua bahagia dan ceria-ceria selalu....congrats....!!!

Saturday, 21 November 2009

KURSUS PRE HOSPITAL CARE- ON SITE INCIDENT MANAGEMENT...!!!

Setelah melalui pelbagai proses akhirnya Jabatan Kecemasan & Trauma Hospital Putrajaya akan menganjurkan 1 kursus yang bertajuk pre-hospital care-on site incident management.Kursus yang akan diadakan di Hotel impiana Morib ini akan berlangsung pada 14hb Dis sehingga 16hb Dis ini.Anggaran seramai 50 orang peserta termasuk penceramah akan berkampung di MOrib selama 3 hari nanti.Dengar kata tough juga schedulenya...tunggu dan lihat je lah...heheheh

MEDICAL TEAM HAJI...!!!

Hari ni telah tamat Operasi Haji Tanah Air untuk Fasa 1 dan flight terakhir adalah pada pukul 3.25 petang tadi.Alhamdulillah tiada pesakit yang mengadu tidak sihat walaupun setengah daripada jemaah terdiri daripada warga emas.Semoga mereka semua selamat menjalani ibadah haji dan selamat pulang ke tanah air dengan selamatnya.Fasa ke 2 pula akan bermula tidak lama lagi dan kepada semua kakitangan yang bertugas selamat menjalankan kewajipan anda....

Hari Raya Aidiladha...!!!

-Gambar hiasan-
Insyallah dalam masa seminggu lagi kita akan menyambut Hari Raya Qurban atau aidiladha...Kemeriahan syawal yang lepas masih lagi terasa walaupun hampir sebulan lebih kita meninggalkanya...buat rakan-rakan seperjuangan dan kakitangan lain yang akan bertugas pada hari raya qurban kali ini semoga dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan ceria selalu..Buat yang dapat pulang bercuti,berhati-hati pulang ke kampung...semoga perjalanan anda sentiasa selamat pergi dan balik..amin....