Thursday, 30 April 2009

dah ada kes H1N1...?

malam ni,ada satu kes dari klia nak hantar ke hosp.sg buloh ? swine Flu.Staf terlibat PPP Anuar,ppk razak dan pemandu tajuddin.Dekat kul 2 am baru selesai.Harap2 pesakit tu bukan la positif selsema khinzir tuh...Pesakit tu warga Canada.Ermm moga2 bumi malaysia nie selamat la hendaknya.tak sempat pula nak ambil gambar staf yang pergi tadi.maklumlah sibuk sesangat time tuh..

Tuesday, 28 April 2009

selsema babi sudah hampir dengan malaysia...???

BANGKOK: Kementerian Kesihatan Awam Thailand hari ini mengeluarkan amaran perjalanan ke Mexico dan Amerika Syarikat berikutan seorang wanita tempatan disyaki menghidap penyakit selesema babi.
Hospital Chulalongkorn di sini mengesahkan seorang kakitangan wanitanya yang berusia 42 tahun dirawat kerana demam selesema selepas kembali dari menghadiri seminar di Mexico dari 3 hingga 11 April lalu.
Kementerian itu menasihatkan rakyat Thailand mengelak daripada melawat negara berkenaan untuk sementara selepas wabak itu mengorbankan lebih 150 orang di Mexico.
Pihak berkuasa Thailand telah memasang alat pengimbas bagi melakukan saringan ke atas penumpang di tiga lapangan terbang utama, iaitu Suvarnabhumi di Bangkok, Phuket dan Chiang Mai.
Kira-kira 2,000 hingga 3,000 penumpang tiba setiap hari ke negara itu dari Los Angeles, Paris, Tokyo, Frankfurt, London, Chicago dan Texas.

Obstructive Sleep Apnea (OSA)

Baru-baru salah seorang rakan kita iaitu PPP Wan Hasif Azimin telah selamat menjalani satu pembedahan kerana beliau disahkan menghidapi OSA (obstructive sleep apnea).Alhamdulillah pembedahan beliau telah selamat dijalankan.Kepada hasif,selamat berehat dan semoga cepat sembuh dan boleh kembali bertugas seperti biasa nanti.Untuk maklumat lanjut mengenai OSA ini bolehlah kita sama-sama merujuk pada pautan laman web berikut:
http://www.sleepdisorderchannel.com/osa/index.shtml

Selsema Babi...!!!





Swine influenza (also swine flu) refers to influenza caused by any strain of the influenza virus that is endemic in pigs (swine). Strains endemic in swine are called swine influenza virus (SIV). Of the three genera of Orthomyxoviridae that are endemic in humans, two are endemic also in swine: Influenzavirus A (common) or Influenzavirus C (rare).[1] Influenzavirus B has not been reported in swine. Within Influenzavirus A and Influenzavirus C, the strains endemic to swine and humans are largely distinct.

People who work with poultry and swine, especially people with intense exposures, are at risk of infection with influenza from these animals if the animals carry a strain that is also able to infect humans. SIV can mutate into a form that allows it to pass from human to human. The strain responsible for the 2009 swine flu outbreak is believed to have undergone such a mutation.[2]

In humans, the symptoms of swine flu are similar to those of influenza and of influenza-like illness in general. In most cases, the strain responsible for the 2009 swine flu outbreak causes only mild symptoms.

Wednesday, 15 April 2009

Budaya Korporat


Baru-baru ini pihak pentadbiran Hospital Putrajaya telah mengagihkan logo budaya korporat yang baru kepada semua kakitangan Hospital Putrajaya.Pada 23 Februari 2009Y.B Dato' Sri Liow Tiong Lai, Menteri Kesihatan Malaysia telah melancarkan Kempen Budaya 2009 yang bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Dalam majlis tersebut beliau telah memberikan semangat baru kepada budaya korporat yang telah dilancarkan pada tahun 1991.Visi dan misi Kementerian Kesihatan Malaysia yang lebih relevan dan mudah difahami oleh segenap anggota kementerian Kesihatan telah diperkenalkan.Logo dan lagu baru budaya korporat juga telah dilancarkan.

Bilik Gerakan Operasi Bencana dibuka 24jam...!!!

Bilik Gerakan Operasi Bencaha Hospital Putrajaya diarahkan untuk dibuka 24 jam sehari sehingga di beritahu kelak.Bilik ini terletak di bilik seminar Jabatan Kecemasan dan menempatkan seorang Penolong Pegawai Perubatan bertugas.Antara tugas yang dilakukan ialah:-
-menyediakan laporan harian berkaitan dengan segala aktiviti yang berlaku
berkaitan dengan kes kebakaran di tingkat 3.
-menerima dan merekodkan semua panggilan yang diterima di bilik bencana.
-mengemaskinikan segala data mengenai jumlah pesakit yang ditempatkan sementara
diluar hospital putrajaya.

Hospital Putrajaya Terbakar...!!!


Pada 11 april 2009,satu kejadian menggemparkan telah berlaku di hospital Putrajaya.Wad 3c di tingkat 3 hospital putrajaya telah terbakar.Ini dipercayai berpunca daripada sistem perangkap kilat yang tidak berfungsi sepenuhnya.Kejadian ini menyebabkan hospital putrajaya telah diistiharkan Red alert dan semua kakitangan telah dipanggil membantu memindahkan pesakit keluar dari wad di tingkat 3,4 dan 5.Pesakit ini kemudianya ada ditempatkan di ruang legar hospital,di depan dewan bersalin dan ada juga yang dihantar ke hospital berdekatan seperti hospital serdang,kajang dan ppum.