Thursday 30 April 2009

dah ada kes H1N1...?

malam ni,ada satu kes dari klia nak hantar ke hosp.sg buloh ? swine Flu.Staf terlibat PPP Anuar,ppk razak dan pemandu tajuddin.Dekat kul 2 am baru selesai.Harap2 pesakit tu bukan la positif selsema khinzir tuh...Pesakit tu warga Canada.Ermm moga2 bumi malaysia nie selamat la hendaknya.tak sempat pula nak ambil gambar staf yang pergi tadi.maklumlah sibuk sesangat time tuh..

Tuesday 28 April 2009

selsema babi sudah hampir dengan malaysia...???

BANGKOK: Kementerian Kesihatan Awam Thailand hari ini mengeluarkan amaran perjalanan ke Mexico dan Amerika Syarikat berikutan seorang wanita tempatan disyaki menghidap penyakit selesema babi.
Hospital Chulalongkorn di sini mengesahkan seorang kakitangan wanitanya yang berusia 42 tahun dirawat kerana demam selesema selepas kembali dari menghadiri seminar di Mexico dari 3 hingga 11 April lalu.
Kementerian itu menasihatkan rakyat Thailand mengelak daripada melawat negara berkenaan untuk sementara selepas wabak itu mengorbankan lebih 150 orang di Mexico.
Pihak berkuasa Thailand telah memasang alat pengimbas bagi melakukan saringan ke atas penumpang di tiga lapangan terbang utama, iaitu Suvarnabhumi di Bangkok, Phuket dan Chiang Mai.
Kira-kira 2,000 hingga 3,000 penumpang tiba setiap hari ke negara itu dari Los Angeles, Paris, Tokyo, Frankfurt, London, Chicago dan Texas.

Obstructive Sleep Apnea (OSA)

Baru-baru salah seorang rakan kita iaitu PPP Wan Hasif Azimin telah selamat menjalani satu pembedahan kerana beliau disahkan menghidapi OSA (obstructive sleep apnea).Alhamdulillah pembedahan beliau telah selamat dijalankan.Kepada hasif,selamat berehat dan semoga cepat sembuh dan boleh kembali bertugas seperti biasa nanti.Untuk maklumat lanjut mengenai OSA ini bolehlah kita sama-sama merujuk pada pautan laman web berikut:
http://www.sleepdisorderchannel.com/osa/index.shtml

Selsema Babi...!!!





Swine influenza (also swine flu) refers to influenza caused by any strain of the influenza virus that is endemic in pigs (swine). Strains endemic in swine are called swine influenza virus (SIV). Of the three genera of Orthomyxoviridae that are endemic in humans, two are endemic also in swine: Influenzavirus A (common) or Influenzavirus C (rare).[1] Influenzavirus B has not been reported in swine. Within Influenzavirus A and Influenzavirus C, the strains endemic to swine and humans are largely distinct.

People who work with poultry and swine, especially people with intense exposures, are at risk of infection with influenza from these animals if the animals carry a strain that is also able to infect humans. SIV can mutate into a form that allows it to pass from human to human. The strain responsible for the 2009 swine flu outbreak is believed to have undergone such a mutation.[2]

In humans, the symptoms of swine flu are similar to those of influenza and of influenza-like illness in general. In most cases, the strain responsible for the 2009 swine flu outbreak causes only mild symptoms.

Wednesday 15 April 2009

Budaya Korporat


Baru-baru ini pihak pentadbiran Hospital Putrajaya telah mengagihkan logo budaya korporat yang baru kepada semua kakitangan Hospital Putrajaya.Pada 23 Februari 2009Y.B Dato' Sri Liow Tiong Lai, Menteri Kesihatan Malaysia telah melancarkan Kempen Budaya 2009 yang bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Dalam majlis tersebut beliau telah memberikan semangat baru kepada budaya korporat yang telah dilancarkan pada tahun 1991.Visi dan misi Kementerian Kesihatan Malaysia yang lebih relevan dan mudah difahami oleh segenap anggota kementerian Kesihatan telah diperkenalkan.Logo dan lagu baru budaya korporat juga telah dilancarkan.

Bilik Gerakan Operasi Bencana dibuka 24jam...!!!

Bilik Gerakan Operasi Bencaha Hospital Putrajaya diarahkan untuk dibuka 24 jam sehari sehingga di beritahu kelak.Bilik ini terletak di bilik seminar Jabatan Kecemasan dan menempatkan seorang Penolong Pegawai Perubatan bertugas.Antara tugas yang dilakukan ialah:-
-menyediakan laporan harian berkaitan dengan segala aktiviti yang berlaku
berkaitan dengan kes kebakaran di tingkat 3.
-menerima dan merekodkan semua panggilan yang diterima di bilik bencana.
-mengemaskinikan segala data mengenai jumlah pesakit yang ditempatkan sementara
diluar hospital putrajaya.

Hospital Putrajaya Terbakar...!!!


Pada 11 april 2009,satu kejadian menggemparkan telah berlaku di hospital Putrajaya.Wad 3c di tingkat 3 hospital putrajaya telah terbakar.Ini dipercayai berpunca daripada sistem perangkap kilat yang tidak berfungsi sepenuhnya.Kejadian ini menyebabkan hospital putrajaya telah diistiharkan Red alert dan semua kakitangan telah dipanggil membantu memindahkan pesakit keluar dari wad di tingkat 3,4 dan 5.Pesakit ini kemudianya ada ditempatkan di ruang legar hospital,di depan dewan bersalin dan ada juga yang dihantar ke hospital berdekatan seperti hospital serdang,kajang dan ppum.

Kursus Triage...!!!

Pada 9 april yang lalu,Jabatan Kecemasan & Trauma Hospital Sungai Buloh telah mengadakan satu sesi kursus Triage.Seramai 3 orang staf jabatan kecemasan & trauma hospital putrajaya telah menghadiri kursus ini.Kursus ini dapat meningkatkan kemahiran mengenai Triage dan sedikit sebanyak membantu memperbaiki mutu perkhidmatan di Jabatan Triage kita.Semoga selepas ini banyak lagi kursus seperti ini dapar di adakan dan dapat melibatkan lebih ramai kakitangan.

Thursday 9 April 2009

Joke....KEHEBATAN 3 PONTIANAK...!!!

KEHEBATAN 3 PONTIANAK

Pada suatu malam 3 ekor pontianak sedang bertenggek di atas pokok sambil bergaduh tentang kehebatan masing-masing. Ketiga-tiga mengaku diri mereka hebat. Untuk menentukan siapa paling hebat, mereka pun cuba membuktikan kehebatan masing-masing.
Pontianak A terbang dengan sepantas kilat. 15 saat kemudian balik semula ke pokok tersebut. Kelihatan ada kesan-kesan darah di sekitar gigi Pontianak A.
>>
>> Pontianak A : Kau orang nampak rumah tu?
>> Pontianak B : Nampak!
>> Pontianak C : Nampak!
>> Pontianak A : Satu rumah tu habis aku kerjakan.
>>
Pontianak B pula terbang lebih pantas dari Pontianak A. 10 saat kemudian balik semula ke pokok tersebeut. Kelihatan ada darah bukan setakat pada gigi, malah pada keseluruhan mulut pontianak tersebut.
>>
>> Pontianak B : Kau orang nampak kampung tu?
>> Pontianak A : Nampak!
>> Pontianak C : Nampak!
>> Pontianak B : Habis satu kampung tu aku kerjakan.
>>
Sejurus lepas itu Pontianak C pula terbang lebih pantas dari Pontianak A dan B. Dalam masa 5 saat je dia kembali ke pokok tersebut. Kelihatan darah mengalir-ngalir bukan sahaja pada mulut, malah pada keseluruhan muka pontianak tersebut.
>>
>> Pontianak C : Kau orang nampak tembok kat hujung sana tu?
>> Pontianak A : Nampak!
>> Pontianak B : Nampak!
>> Pontianak C : Err... tadi aku tak nampak...

Tuesday 7 April 2009

CME dan ambulan baru...!!!


Sory lambat update skit...hehehe...pagi semalam (7/04/2009)berlangsungnya satu CME bertajuk "wound managemet".Bagus juga tajuk nie.Nampak simple je tapi sebenarnya payah nak handle....Penceramahnya pula ialah Dr.Azwan...tq sebab bagi kami staff ed sedikit ilmu yang boleh dikongsi bersama-sama dalam menjalankan tugas seharian.

Pada petangnya pula,Jabatan Kecemasan dan Trama hospital Putrajaya telah menerima satu lagi ambulan baru.Jenis kenderaan ini adalah Toyota Hiace.Semoga adanya ambulan baru ini perkhidmatan 'Pre Hospital Care" kita akan lebih mantap ditambah pula dengan kecekapan kakitangan kita menjalankan tugas.Insyallah...

Monday 6 April 2009

Triage dengan pegawai baru...???


Tercatat sejarah pagi ini,akhirnya Bilik Triage mendapat pegawai baru di kalangan staf jabatan kecemasan juga.Heheheh...mesti suspen kan...?Sebenarnya pegawai baru yang dimaksudkan ialah jururawat terlatih yang ditempatkan bersama seorang penolong pegawai perubatan di bilik Triage.Semoga kerjasama ini akan mengeratkan lagi hubungan sesama kakitangan dan juga dapat kita bersama-sama meningkatkan ilmu dan juga kemahiran dalam mengendalikan pesakit yang datang di Jabatan kita.Insyallah...

Sunday 5 April 2009

Pulmonary Embolism?

Diagnosis pesakit yang meninggal dunia pada malam 3hb april 2009 itu adalah Pulmonary Embolism.Apakah yang di maksudkan dengan Pulmonary Embolism..?Sama-sama kita berkongsi maklumat mengenainya....

What Is Pulmonary Embolism?

A pulmonary embolism (PULL-mun-ary EM-bo-lizm), or PE, is a sudden blockage in a lung artery, usually due to a blood clot that traveled to the lung from a vein in the leg. A clot that forms in one part of the body and travels in the bloodstream to another part of the body is called an embolus.

PE is a serious condition that can cause:
* Permanent damage to part of your lung from lack of blood flow to lung tissue
* Low oxygen levels in your blood
* Damage to other organs in your body from not getting enough oxygen
If the blood clot is large, or if there are many clots, PE can cause death.

Major Causes

In 9 out of 10 cases, pulmonary embolism (PE) begins as a blood clot in the deep veins of the leg (a condition known as deep vein thrombosis). The clot breaks free from the vein and travels through the bloodstream to the lungs, where it can block an artery.Clots in the leg can form when blood flow is restricted and slows down. This can happen when you don't move around for long periods of time, such as:

* After some types of surgeries
* During a long trip in a car or on an airplane
* If you must stay in bed for an extended time

Veins damaged from surgery or injured in other ways are more prone to blood clots.
Other Causes

Rarely, an air bubble, part of a tumor, or other tissue travels to the lungs and causes PE. Also, when a large bone in the body (such as the thigh bone) breaks, fat from the marrow inside the bone can travel through the blood to the lungs and cause PE.

Major Signs and Symptoms
Signs and symptoms of pulmonary embolism (PE) include unexplained shortness of breath, difficulty breathing, chest pain, coughing, or coughing up blood. An arrhythmia (a rapid or irregular heartbeat) also may indicate PE.

Emergency Treatment

When PE is life threatening, doctors may use treatments that remove or break up clots in the blood vessels of the lungs. These treatments are given in the emergency room or in the hospital.

Thrombolytics are medicines given to quickly dissolve a blood clot. They're used to treat large clots that cause severe symptoms. Because thrombolytics can cause sudden bleeding, they're used only in life-threatening situations.

In some cases, the doctor may use a catheter to reach the blood clot. A catheter is a flexible tube placed in a vein to allow easy access to the bloodstream for medical treatment. The catheter is inserted into the groin (upper thigh) or arm and threaded through a vein to the clot in the lung. The catheter may be used to extract the clot or deliver medicine to dissolve it.

Rarely, surgery may be needed to remove the blood clot.

How Can Pulmonary Embolism Be Prevented?

Preventing pulmonary embolism (PE) begins with preventing deep vein thrombosis (DVT). Knowing whether you're at risk for DVT and taking steps to lower your risk are important.

If you've never had a deep vein clot, but are at risk for it, these are steps you can take to decrease your risk.

* Exercise your lower leg muscles during long car trips and airplane rides.
* Get out of bed and move around as soon as you're able after having surgery or being ill. The sooner you move around, the lower your chance of developing a clot.
* Take medicines to prevent clots after some types of surgery (as directed by your doctor).
* Follow up with your doctor.

If you already have had DVT or PE, you can take additional steps to help keep new blood clots from forming:

* Visit your doctor for regular checkups.
* Use compression stockings to prevent chronic swelling in your legs after DVT (as directed by your doctor).

Nota ni serba ringkas je...kalau ada salah dan silap harap dapat ditegur semoga sama-sama kita dapat manafaatnya...

Kat bawah ni ada ada URL bagaimana PE(pulmonary embolism) ini terjadi.Silalah layarinya....
http://www.nhlbi.nih.gov/health/dci/Diseases/pe/pe_causes.html

Al-Fatihah....

Pada jumaat malam yang lepas(3hb april 2009)Jabatan Kecemasan dan Trauma telah menerima satu panggilan ambulan melalui talian 999.C/O s.o.b di presint 9,staf yang mengambil kes adalah PPP Aznor,PPK Nasir dan Pemandu Azman.Setibanya kami di rumah pesakit didapati pesakit duduk di atas kerusi roda sambil ditenteramkan oleh ahli keluarga pesakit.Kami bergegas mendapatkan pesakit dan terus melakukan pemeriksaan paru-paru pesakit menggunakan stetoskop.Setelah diperiksa paru-paru pesakit menunjukkan keadaan mild rhonchi at both side.Nebulizer stat diberikan kepada pesakit tersebut dan keadaan pesakit semasa itu amat-amatlah restless sehingga pesakit mengamuk dan menumbuk staf dan ahli keluarga pesakit.Keadaan pada masa itu amatlah menguji kesabaran dan pengalaman kami.

Masalah kedua pula pesakit telah menjalani satu pembedahan memasukkan plate di peha kirinya dan tidak boleh bergerak sendiri.Pada masa itu hanya 2 orang sahaja petugas lelaki dan yang lainya adalah wanita.Pada masa itu juga pesakit sekali lagi mengamuk sambil menyatakan bahawa beliau mahu mati dan ibu pesakit terpaksa menenangkan anaknya itu dengan berselawat di telinganya.

Isteri pesakit pula sambil menitiskan air mata mengurut dada suaminya agar bersabar dan adik pesakit pula yang menangis ketika itu cuba memanggil jiran lelaki untuk membantu mengangkat pesakit ke stretcher kerana badan pesakit sedikit besar.

Suasana amat pilu ketika itu.Semua yang berada di dalam rumah ketika itu menangis dan meraung menenangkan pesakit yang mengamuk dan berulangkali menyebut beliau mahu mati.Tatkala kami sedang sibuk cuba mengangkat pesakit keatas stretcher mata kami tertumpu kepada seorang kanak-kanak kecil yang berada di hujung penjuru rumah.Kanak-kanak tersebut adalah anak kepada pesakit yang ketika itu meraung dan menangis melihat kejadian yang berlaku dihadapan matanya.Kesian,kanak-kanak sebesar itu hanya mampu menangis tanpa dapat meneka @ mentafsirkan apa yang berlaku ketika itu.

Keadaan di dalam rumah tersebut seperti sebuah bencana.Bunyi tangisan,raungan,titisan air mata menyelubungi keadaan di dalam rumah tersebut.Semasa cuba memindahkan pesakit keatas stetcher,Subhanallah.Di dalam keadaan pesakit yang ketika itu sedang restless beliau sempat merangkul leher ibunya yang berada di sebelah kanan dan isterinya di sebelah kiri serta mencium pipi mereka bedua sebelum pesakit diletakkan di atas stertcher.

Kami tergamam seketika melihat keadaan tersebut dan didalam hati kami sudah merasakan sesuatu.i/v line dipasang kepada pesakit dan terus menghubungi ED agar menyediakan satu resus bay untuk pesakit ini.Arahan kepada pemandu untuk mempercepatkan pemanduan juga diberikan.

Setibanya kami ke hospital,pesakit terus ditolak ke resus bay dan semasa pemindahan pesakit keatas katil,pesakit tidak sedarkan diri.Di dapati rekod bacaan tekanan darah,nadi tiada.CPR dilakukan keatas pesakit.Setelah 45 minit aktif resus dilakukan keatas pesakit,pesakit disahkan meninggal dunia.

Kami yang mengambil pesakit di rumahnya juga turut merasa sedih kerana masih terbayang di ingatan kami bagaimana keadaan pesakit dan ahli keluarganya semasa kami tiba di rumahnya dan yang paling membuat kami terasa hiba ialah tangisan anak kecil yang menangis tanpa mengetahu bahawa ayahnya akan pergi meninggalkannya dengan ibunya buat selama-lamanya.Hampir menitis air mata kami mengenangkan kejadian ini.

Kami juga terkejut kerana pesakit sudah merasakan bahawa beliau akan pergi buat selamanya dan sebab itulah di dalam keadaan restless pesakit masih sempat mencium pipi isteri dan ibunya.Itulah kuasa ALLAH S.W.T keatas makhluknya.Jika ajal sudah tiba,tiada siapa dapat melarikan diri darinya.Moga pengajaran dari cerita ini dapat memberi pengajaran dan keinsafan keatas kita semua.

Saturday 4 April 2009

Jabatan Kecemasan & Trauma HPJ


Pengenalan Mengenai Jabatan Kecemasan dan Trauma HPJ

Jabatan Kecemasan & Trauma Hospital Putrajaya terletak di bahagian barat banggunan di "Ground Floor" dan boleh dilalui dengan kenderaan atau berjalan kaki.Jabatan ini terletak berdekatan dengan Jabatan Xray,Dewan Bedah dan ICU,CCU,HDU untuk memudahkan pesakit mendapat rawatan dengan lebih selesa.Helipad terletak di bahagian hadapan jabatan untuk memudahkan urusan sekiranya berlaku sebarang bencana atau kes-kes kecemasan.

Vision
To be a center of distinction providing client focused quality care through excellent processes under community participation in a conductive environment with competent and committed staff having a positive attitude under progressive mind set.

3 kategori pesakit yang mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma.

1)pesakit kritikal yang memerlukan rawatan serta merta(Red Zone)
2)Kes semi kritikal tetapi pesakit masih dalam keadaan stabil(yellow zone)
3)Kes tidak kritikal dan boleh menunggu untuk mendapatkan rawatan(Green zone)

Waktu Beroperasi
24 Jam

Servis dan Kemudahan yang disediakan

Servis

1. Resuscitation and Stabilization
2. Definitive Care Management
3. Asthma Care
4. Pre Hospital Care
5. MECC(Malaysia Emergency Call Centre)
6. One Stop Crisis Center
7. Disaster Management

Kemudahan

1. 2 Consultation Rooms
2. 3 Resuscitation Bay
3. 1 Asthma Bay with 4 Clients at same time
4. 8 Observation Beds
5. 1 Plaster Room
6. 1 Minor Procedure Room
7. 5 Ambulances
8. Radio Control Room
9. 1 Police Booth

Gambar di sekitar Putrajaya


Sejarah Putrajaya...!!!


Putrajaya...

Malaysia mula mencari bandar baru sejak dekad yang lalu. Selepas membuat tinjauan di merata-rata kawasan terutama sekali di Pahang , Tun Dr Mahathir memilih selatan Prang Besar sebuah daerah dibawah Kerajaan Negeri Selangor dan melancarkannya pada tahun 1995. Perkataan " Putra" dipilih sempena nama Perdana Menteri Malaysia yang pertama, YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Nama ini telah ditambah dengan perkataan “jaya” yang bermaksud “kecemerlangan”. Putrajaya dirancang dan didirikan untuk rakyat Malaysia oleh rakyat Malaysia sendiri. Bandar ini merupakan satu daripada 2 bandar “intelek” dibawah projek Koridor Raya Multimedia (MSC), satu projek zon teknologi seluas 15 x 50 km.

Kerja pembinaan bermula pada bulan Ogos 1995 dan telah diiktiraf sebagai projek ‘real-estate’ terbesar di Malaysia, malah di Asia Tenggara. Projek ini dijangka selesai pada tahun 2010. Pekerja-pekerja kontrak, telah bertungkus lumus untuk menyiapkan fasa pertama Putrajaya yang dijadualkan siap pada minggu pertama Jun 1999.

Pembinaan.

Proses pembinaan Putrajaya dilaksanakan oleh tenaga kerja rakyat Malaysia sendiri begitu juga dengan bahan-bahan yang digunakan. Hanya 10% sahaja yang diimport dari luar negara. Dalam tempoh 15 tahun, bandaraya ini akan siap sepenuhnya.

Kos dan Lokasi.

Putrajaya adalah sebuah projek besar yang terletak 22 km di selatan Kuala Lumpur. Projek ini menelan belanja US$8.1 billion dan akan dibangunkan sebagai bandar metropolis seluas 37,000 ekar iaitu 3/4 dari bandar Manhattan, New York.

Putrajaya berkonsepkan “Bandar-dalam-taman” . Oleh itu beberapa penekanan diberikan untuk mencapai matlamat yang dirancang :

LANDSKAP : 38% dari tanah adalah kawasan hijau. Penghutanan semula dan pemulihan landskap semulajadi mempromosikan flora tempatan sebagai identiti landskap Malaysia.

KEADAAN BANDAR : Dirancang mengikut kesesuaian topografi, iklim tempatan dan budaya. Pandangan panorama, bangunan-bangunan dan infrastuktur yang unik menampakkan Putrajaya sebagai bandar yang berketerampilan.

ED Un official Website...!!!


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.....

Alhamdulillah,akhirnya sebuah tempat rujukan tidak rasmi untuk ED hpj berjaya di hasilkan.Tujuan sebenar laman web ini di buat adalah untuk sama-sama kita berkongsi maklumat,pengalaman,masalah dan apa juga perkara yang berkaitan dengan persekitaran kita.Sama-samalah kita berganding bahu berkongsi ilmu agar semua kakitangan mendapat manafaat yang berguna.
Kepada Big Boss,Dr Khairul kerjasama dan segala bantuan daripada Boss amatlah dihargai.Jika ada salah dan silap,harap Boss dapat tegur dan beri tunjuk ajar agar kami semua akan menjadi "front Liner"yang cekap dan disegani.Insyallah.