Saturday 4 April 2009

Sejarah Putrajaya...!!!


Putrajaya...

Malaysia mula mencari bandar baru sejak dekad yang lalu. Selepas membuat tinjauan di merata-rata kawasan terutama sekali di Pahang , Tun Dr Mahathir memilih selatan Prang Besar sebuah daerah dibawah Kerajaan Negeri Selangor dan melancarkannya pada tahun 1995. Perkataan " Putra" dipilih sempena nama Perdana Menteri Malaysia yang pertama, YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Nama ini telah ditambah dengan perkataan “jaya” yang bermaksud “kecemerlangan”. Putrajaya dirancang dan didirikan untuk rakyat Malaysia oleh rakyat Malaysia sendiri. Bandar ini merupakan satu daripada 2 bandar “intelek” dibawah projek Koridor Raya Multimedia (MSC), satu projek zon teknologi seluas 15 x 50 km.

Kerja pembinaan bermula pada bulan Ogos 1995 dan telah diiktiraf sebagai projek ‘real-estate’ terbesar di Malaysia, malah di Asia Tenggara. Projek ini dijangka selesai pada tahun 2010. Pekerja-pekerja kontrak, telah bertungkus lumus untuk menyiapkan fasa pertama Putrajaya yang dijadualkan siap pada minggu pertama Jun 1999.

Pembinaan.

Proses pembinaan Putrajaya dilaksanakan oleh tenaga kerja rakyat Malaysia sendiri begitu juga dengan bahan-bahan yang digunakan. Hanya 10% sahaja yang diimport dari luar negara. Dalam tempoh 15 tahun, bandaraya ini akan siap sepenuhnya.

Kos dan Lokasi.

Putrajaya adalah sebuah projek besar yang terletak 22 km di selatan Kuala Lumpur. Projek ini menelan belanja US$8.1 billion dan akan dibangunkan sebagai bandar metropolis seluas 37,000 ekar iaitu 3/4 dari bandar Manhattan, New York.

Putrajaya berkonsepkan “Bandar-dalam-taman” . Oleh itu beberapa penekanan diberikan untuk mencapai matlamat yang dirancang :

LANDSKAP : 38% dari tanah adalah kawasan hijau. Penghutanan semula dan pemulihan landskap semulajadi mempromosikan flora tempatan sebagai identiti landskap Malaysia.

KEADAAN BANDAR : Dirancang mengikut kesesuaian topografi, iklim tempatan dan budaya. Pandangan panorama, bangunan-bangunan dan infrastuktur yang unik menampakkan Putrajaya sebagai bandar yang berketerampilan.

No comments:

Post a Comment