Thursday, 9 April 2009

Joke....KEHEBATAN 3 PONTIANAK...!!!

KEHEBATAN 3 PONTIANAK

Pada suatu malam 3 ekor pontianak sedang bertenggek di atas pokok sambil bergaduh tentang kehebatan masing-masing. Ketiga-tiga mengaku diri mereka hebat. Untuk menentukan siapa paling hebat, mereka pun cuba membuktikan kehebatan masing-masing.
Pontianak A terbang dengan sepantas kilat. 15 saat kemudian balik semula ke pokok tersebut. Kelihatan ada kesan-kesan darah di sekitar gigi Pontianak A.
>>
>> Pontianak A : Kau orang nampak rumah tu?
>> Pontianak B : Nampak!
>> Pontianak C : Nampak!
>> Pontianak A : Satu rumah tu habis aku kerjakan.
>>
Pontianak B pula terbang lebih pantas dari Pontianak A. 10 saat kemudian balik semula ke pokok tersebeut. Kelihatan ada darah bukan setakat pada gigi, malah pada keseluruhan mulut pontianak tersebut.
>>
>> Pontianak B : Kau orang nampak kampung tu?
>> Pontianak A : Nampak!
>> Pontianak C : Nampak!
>> Pontianak B : Habis satu kampung tu aku kerjakan.
>>
Sejurus lepas itu Pontianak C pula terbang lebih pantas dari Pontianak A dan B. Dalam masa 5 saat je dia kembali ke pokok tersebut. Kelihatan darah mengalir-ngalir bukan sahaja pada mulut, malah pada keseluruhan muka pontianak tersebut.
>>
>> Pontianak C : Kau orang nampak tembok kat hujung sana tu?
>> Pontianak A : Nampak!
>> Pontianak B : Nampak!
>> Pontianak C : Err... tadi aku tak nampak...

2 comments:

  1. bos, jgn la buat msuk joke2 mcm ni. klau blh biar la yg brkaitan dgn ed jer

    ReplyDelete
  2. tq sif atas komen tuh.sebenarnya just nak hiburkan aja..insyallah...kita akan cuba cara yang lain lepas nih.

    ReplyDelete