Sunday, 5 April 2009

Al-Fatihah....

Pada jumaat malam yang lepas(3hb april 2009)Jabatan Kecemasan dan Trauma telah menerima satu panggilan ambulan melalui talian 999.C/O s.o.b di presint 9,staf yang mengambil kes adalah PPP Aznor,PPK Nasir dan Pemandu Azman.Setibanya kami di rumah pesakit didapati pesakit duduk di atas kerusi roda sambil ditenteramkan oleh ahli keluarga pesakit.Kami bergegas mendapatkan pesakit dan terus melakukan pemeriksaan paru-paru pesakit menggunakan stetoskop.Setelah diperiksa paru-paru pesakit menunjukkan keadaan mild rhonchi at both side.Nebulizer stat diberikan kepada pesakit tersebut dan keadaan pesakit semasa itu amat-amatlah restless sehingga pesakit mengamuk dan menumbuk staf dan ahli keluarga pesakit.Keadaan pada masa itu amatlah menguji kesabaran dan pengalaman kami.

Masalah kedua pula pesakit telah menjalani satu pembedahan memasukkan plate di peha kirinya dan tidak boleh bergerak sendiri.Pada masa itu hanya 2 orang sahaja petugas lelaki dan yang lainya adalah wanita.Pada masa itu juga pesakit sekali lagi mengamuk sambil menyatakan bahawa beliau mahu mati dan ibu pesakit terpaksa menenangkan anaknya itu dengan berselawat di telinganya.

Isteri pesakit pula sambil menitiskan air mata mengurut dada suaminya agar bersabar dan adik pesakit pula yang menangis ketika itu cuba memanggil jiran lelaki untuk membantu mengangkat pesakit ke stretcher kerana badan pesakit sedikit besar.

Suasana amat pilu ketika itu.Semua yang berada di dalam rumah ketika itu menangis dan meraung menenangkan pesakit yang mengamuk dan berulangkali menyebut beliau mahu mati.Tatkala kami sedang sibuk cuba mengangkat pesakit keatas stretcher mata kami tertumpu kepada seorang kanak-kanak kecil yang berada di hujung penjuru rumah.Kanak-kanak tersebut adalah anak kepada pesakit yang ketika itu meraung dan menangis melihat kejadian yang berlaku dihadapan matanya.Kesian,kanak-kanak sebesar itu hanya mampu menangis tanpa dapat meneka @ mentafsirkan apa yang berlaku ketika itu.

Keadaan di dalam rumah tersebut seperti sebuah bencana.Bunyi tangisan,raungan,titisan air mata menyelubungi keadaan di dalam rumah tersebut.Semasa cuba memindahkan pesakit keatas stetcher,Subhanallah.Di dalam keadaan pesakit yang ketika itu sedang restless beliau sempat merangkul leher ibunya yang berada di sebelah kanan dan isterinya di sebelah kiri serta mencium pipi mereka bedua sebelum pesakit diletakkan di atas stertcher.

Kami tergamam seketika melihat keadaan tersebut dan didalam hati kami sudah merasakan sesuatu.i/v line dipasang kepada pesakit dan terus menghubungi ED agar menyediakan satu resus bay untuk pesakit ini.Arahan kepada pemandu untuk mempercepatkan pemanduan juga diberikan.

Setibanya kami ke hospital,pesakit terus ditolak ke resus bay dan semasa pemindahan pesakit keatas katil,pesakit tidak sedarkan diri.Di dapati rekod bacaan tekanan darah,nadi tiada.CPR dilakukan keatas pesakit.Setelah 45 minit aktif resus dilakukan keatas pesakit,pesakit disahkan meninggal dunia.

Kami yang mengambil pesakit di rumahnya juga turut merasa sedih kerana masih terbayang di ingatan kami bagaimana keadaan pesakit dan ahli keluarganya semasa kami tiba di rumahnya dan yang paling membuat kami terasa hiba ialah tangisan anak kecil yang menangis tanpa mengetahu bahawa ayahnya akan pergi meninggalkannya dengan ibunya buat selama-lamanya.Hampir menitis air mata kami mengenangkan kejadian ini.

Kami juga terkejut kerana pesakit sudah merasakan bahawa beliau akan pergi buat selamanya dan sebab itulah di dalam keadaan restless pesakit masih sempat mencium pipi isteri dan ibunya.Itulah kuasa ALLAH S.W.T keatas makhluknya.Jika ajal sudah tiba,tiada siapa dapat melarikan diri darinya.Moga pengajaran dari cerita ini dapat memberi pengajaran dan keinsafan keatas kita semua.

2 comments: